Selepas mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan Rizky Billar, isteri kepada pelakon dan pengcara itu iaitu Lesti Kejora dikhabarkan hamil anak kedua.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili penyanyi dangdut berkenaan dalam kes keganasan rumah tangga dihadapi mereka baru-baru ini, Sandy Ariffin enggan mengulas khabar angin tersebut.
Namun Sandy mengesahkan hubungan kedua-dua selebriti itu terutama dari sudut komunikasi berjalan lancar setakat ini.
“Setiap hari saya hubungi Lesti dan dia memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja. Dia juga memberitahu bahawa hubungan dengan suami juga aman,” katanya memetik laporan Detik Hot.
Sementara itu, peguam pasangan terbabit iaitu Aril Lobster atau Boril mengatakan tidak mengetahui akan kesahihan berita gembira digembar-gemburkan itu.
“Saya tidak tahu-menahu. Doakan sahaja kalau memang hamil, ramai anak itu tandanya banyak rezeki,” ulasnya.
Sebelum ini, industri hiburan Indonesia digemparkan dengan pendedahan Lesti yang melapor polis setelah dikatakan menjadi mangsa dera Rizky, namun menarik semula laporan berkenaan. – BOOM!