Wanita yang kononnya mahu membongkar sisi gelap penyanyi rap, Caprice dipercayai menipu demi sebuah kandungan atau konten di media sosial semata-mata.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan perkara itu dengan mendedahkan pengakuan wanita terbabit kepada seseorang di akaun Instagram miliknya.
BACA: Disyaki Hidap HDP, Caprice Buat Pengakuan – “Sejak Umur 18 Tahun Saya Dah Jumpa Pakar”
Rentetan itu, pempengaruh berkenaan membuat kesimpulan bahawa netizen telah diperdayakan oleh individu dikenali sebagai Farah itu.
“Satu Malaysia kena scam. Sesiapa yang tengah tunggu saya jatuh tu, tunggulah lagi,” tulisnya dalam nada sinis.
Menerusi hantaran video berdurasi hampir seminit itu, Farah seolah-olah terkejut apabila perkongsiannya di aplikasi TikTok tular sehingga dihujani mesej daripada warganet.
BACA: Kelakuan Dikatakan Ada Simptom Gangguan Personaliti, Caprice Dinasihatkan Jumpa Pakar?
“Aku tengok semua platform muat naik fasal tu, macam tak ada benda lain. Apa benda banyak-banyak mesej masuk ni?” akui Farah memetik teks perbualannya.
Pada masa sama, Caprice turut berkongsi syot layar entri IG Story daripada individu yang berbual dengan Farah, sekali gus mengucapkan terima kasih atas semua pendedahan tersebut. – BOOM!