Kemunculan Park Bom, 38, di Manila, Filipina sempena penganjuran Popstival 2022 bukan saja membuatkan para peminatnya teruja, malah mereka turut terkejut.
Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial, kelihatan sosok tubuh Park naik secara mendadak hingga menimbulkan kerisauan peminat terhadap tahap kesihatannya.
Seorang bekas wartawan hiburan di Korea Selatan memaklumkan, ahli kimpulan 2NE1 itu sudah lama menghidapi penyakit Attention Deficit Disorder (ADD) yang menyebabkannya sukar mengawal tabiat pemakanan.
“Tatkala Park berdepan situasi yang memberinya tekanan, dia akan mula makan dalam kuantiti banyak tanpa henti-henti.
“Disebabkan itulah berat badan Park naik secara drastik dan terlalu sukar dikawal jika tidak mendapatkan bantuan pakar,” ujarnya.
Melihat penampilannya yang semakin gempal, ramai warganet menzahirkan keprihatinan mereka dengan berharap supaya Park berjaya atasinya.
“Sekejap sahaja badan dia naik begitu, bimbang nanti kesihatannya terjejas.
“Saya harap dia baik-baik saja,” komen peminat-peminatnya.
Pun begitu, syarikat pengurusannya menerusi satu kenyataan telah menafikan bahawa artis naungan mereka mempunyai sebarang masalah kesihatan.
“Keadaan dia begitu kerana sudah lama tidak aktif dalam bidang seni. Lagipun kini Park sedang berusaha mendapatkan semula berat badan yang ideal,”
Terdahulu, Park pernah berdepan isu serupa pada tahun lepas, namun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram, sekali gus memberi inspirasi dan motivasi kepada pengikutnya. – BOOM!