Supermodel kelahiran Brazil, Gisele Bundchen dan suami, Tom Brady mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 13 tahun hidup bersama.
Kenyataan itu dikongsikan kedua-dua mereka menerusi laman Instagram masing-masing.
“Kami membuat keputusan bersama dan sangat menghargai masa-masa yang dilalui sepanjang kami hidup bersama.
“Kami akan bergilir-gilir menjaga anak dan akan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap dua anak kami,” kata Gisele.
Sementara itu, Tom berkata dia akan tetap bersahabat baik dengan bekas isterinya serta mendoakan kehidupan terbaik buat kedua-dua mereka selepas ini.
“Sudah tentu perpisahan ini sesuatu yang menyakitkan dan sukar, seperti mana yang dilalui pasangan berpisah lain.
“Apa-apa pun yang terjadi, kami akan tetap menyokong di antara satu sama lain selepas ini,” kata Tom.
Gisele dan Tom yang merupakan pemain besbol profesional berkahwin pada 2009.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Benjamin Rein, 13, dan Vivian Lake Brady yang kini berusia 10 tahun. – BOOM!