Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida rasa dihargai oleh syarikat rakaman Universal Music kerana segala persiapan dalam penghasilan muzik berjudul Swipe sebagai cameo ditaja sepenuhnya.
Jelas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, sebelum ini dia perlu menanggung sendiri segala kos perbelanjaan.
“Saya tidak melabur, malahan saya dilayan seperti superstar. Makan, pakaian, solekan, aksesori kesemuanya ditaja.
“Tak pernah rasa ditaja melainkan saya keluarkan duit untuk menaja. Saya hanya bawa diri sahaja, hebat tak?” katanya.
Sebagai informasi, Swipe merupakan single terbaharu dipertaruhkan penyanyi rap Singapura, Alyph atau nama penuhnya Alif Abdullah, 33, dan dilancarkan di bawah label Def Jam Malaysia dan Singapura. – BOOM!