Penyanyi terkenal Shila Amzah mengakui tidak hirau dengan komen negatif segelintir khalayak ke atas dirinya malah menganggap dia sudah kalis kecaman.
Bahkan penyanyi yang popular menerusi lagu Patah Seribu itu juga reda kalau setiap minggu menjadi mangsa kritikan orang ramai.
“Sebenarnya kata-kata ini (komen negatif), saya menganggap mereka ini memerlukan hiburan.
“Jadi apa pun yang mereka nak cakap, biar sajalah… Saya okey saja.
“Yang penting sekali saya dapat rawat hati awak tak?” katanya sambil tertawa kecil.
Shila bercakap demikian bagi mengulas kritikan warga Twitter yang menyamakan persalinan keduanya memakai baju rona putih seakan-akan seragam jururawat. – BOOM!