Mendedahkan dirinya diganggu oleh individu tak dikenali dengan melabelnya sebagai artis murah, Riena Diana bagaimanapun tidak cepat melenting.
Malah Riena bersikap matang apabila memilih untuk menyekat terus nombor telefon milik individu terbabit daripada menghubunginya di masa hadapan.
“Tak tahulah siapa yang sebarkan nombor saya dan siapa yang ganggu saya itu.
“Sekarang saya hanya fokus dengan kerjaya, bahkan dah kurang bersosial, tak macam dulu.
“Entah siapa yang mesej, rasa macam nak dedah saja nombor dia. Lagipun saya dah sekat,” ceritanya dalam nada geram.
Menyentuh label diletakkan ke atas dirinya, Riena tidak memandangnya sebagai satu masalah kerana bersyukur dengan setiap rezeki dikuniakan Allah.
“Tak kisahlah bayaran saya murah atau tak, saya tetap bersyukur kerana tetap dilimpahkan rezeki walaupun sedikit.
“Sebabkan bayar murahlah banyak produksi nak ambil saya berlakon.
“Tetapi persoalannya, kenapa kurang ajar? Kalau tak suka saya sekalipun, janganlah cakap macam tu!” tegas Riena di samping mengakui tersinggung dengan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya. – BOOM!