Kali pertama dipilih sebagai peneraju sebuah naskhah berjudul Biko di layar lebar, kemunculan Baby Shima terus menjadi bualan peminat filem tempatan.
Menerusi adegan yang menggandingkannya dengan Azrel Ismail, aksi Shima dikatakan sengaja mencetuskan kesensasian tersendiri, sekali gus menimbulkan kontroversi.
Ini kerana, ada antara audiens mempersoalkan babak intim dan mesranya bersama Azrel yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya Timur.
“Biko tu filem porno ke ada cium-cium?
“Betul ke Shima cium mulut dalam cerita ni?
“Cium mulut ke dalam filem Biko?” tanya warganet kepada Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli, 30.
Rata-rata yang bertanyakan hal itu mendesak Shima menjawab soalan diajukan kerana khuatir budaya dan idealogi Barat yang melanggar hukum Islam diambil mudah. – BOOM!