Penyanyi Sissy Iman memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan dan memohon semua pihak tidak bertanyakan tentang prosedur itu kepada ahli keluarganya.
“Hari ini adalah detik penting bagi saya kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan seketika.
“Saya juga mohon jasa baik semua pihak agar tidak menanyakan ahli keluarga saya berkenaan isu ini. Terima kasih kerana memahami dan menghormati permintaan saya ini.
“Pada hari Jumaat penuh barakah ini, saya mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran sekiranya ada kata-kata serta perbuatan saya yang pernah menyakiti sesiapa.
“Semoga Allah merahmati kita semua dan sampai bertemu lagi, insya-Allah,” tulisnya di media sosial meninggalkan pesanan.
Bagaimanapun, Sissy tidak memaklumkan maklumat terperinci atau asbab pembedahan tersebut harus dijalaninya. – BOOM!