Hanya sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique, Fareed Saddi sah bergelar suami kepada kakak sahabat baiknya, MK iaitu Siti Hawa.
Dalam upacara pernikahan pagi tadi, Fareed yang juga adik kepada Sabhi Saddi itu dinikahkan sendiri oleh MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.
Menariknya, sebelum pasangan tersebut diijabkabulkan, Fareed dengan penuh yakin datang ke pelamin tempat Hawa sedang duduk, lantas melamar untuk memperisterikannya.
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri tetamu berpakaian serba putih itu, Hawa menerima mas kahwin dalam bentuk gelang emas daripada Fareed.
Pada masa sama, MK menerusi ucapan ringkasnya usai selesai akad nikah berterima kasih kepada tetamu yang hadir dan mendoakan kebahagiaan Fareed yang kini menjadi abang iparnya.
“Terima kasih kepada semua yang hadir. Sama-sama kita menuju ke jalan Allah,” katanya. – BOOM!