Pengacara Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad membuat kejutan sambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 di pentas rancangan itu yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini.
Nabil menjemput isterinya Nazirah Ayub, naik ke pentas dihiasi dengan meja berserta sebijik kek.
“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.
“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik oleh Leman Band yang memainkan lagu Dealova.
Nabil turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.
Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.
“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.
Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.
Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3. – BOOM!