Tidak disangka kebahagian yang dipamerkan oleh pasangan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar di media sosial umpama ‘wayang’ semata-mata.
Masakan tidak, ramai peminat dan rakan artis terkejut apabila penyanyi dangdut itu mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga melaporkan suaminya kepada pihak polis.
Difahamkan, ibu kepada seorang anak itu dipukul Rizky selepas lelaki itu berang apabila didakwa curang.
Dalam keadaan penuh emosi, Rizky dikatakan telah mencekik dan menghempas Lesti ke tepi katil sehingga terjatuh ke lantai.
Selepas itu, Lesti dikasari sekali lagi apabila Rizky menghempasnya di lantai bilik air.
Sementara itu, peguam Lesti mendedahkan dia kini sedang berehat dan akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengesahkan bukti dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Andai, semua bukti kukuh, Rizky yang mendirikan rumah tangga dengan Lesti berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. – BOOM!