Artis serba boleh, Zulin Aziz yang diasak soalan tentang zuriat menzahirkan kemarahannya selepas mendedahkan dirinya baru saja mengalami keguguran.
“Orang tanya bila nak ada baby. Sabarlah, saya baru saja gugur bulan lepas. Boleh tak faham isi hati orang yang tengah tunggu baby ni?” soalnya.
Zulin berkongsi berita mendukacitakan itu menerusi platform media sosialnya, sekali gus menjawab soalan warganet perihal anak.
Sementara itu menurut Zulin, netizen sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan sesuatu yang sensitif terutama melibatkan hal peribadi.
“Elak tanya soalan sensitif. Kena ada common sense sebelum bertanya,” terangnya.
Pada 20 Februari lalu, Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mendirikan rumah tangga dengan Farhan Norzaini yang juga rakan kongsi perniagaannya. – BOOM!