Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9) iaitu Tom sanggup membuat pengorbanan terbesar dalam hidupnya apabila memotong rambut ‘dreadlock’ yang sinonim dengan imejnya.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Iqram, 35, telah berkongsi sebuah video di akaun media sosialnya menunjukkan rambutnya sedang dipotong oleh dua pendandan rambut.
“Demi GV, saya tunaikan permintaan netizen, selamat tinggal ‘dreadlock’.
“Minggu ini konsert lagu Goyang Inul. New look, new Tom,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, kelihatan netizen memberikan reaksi berbeza.
Ada yang menyukai melihat perubahan dilakukan Tom, malah ada juga yang sedih kerana merasakan rambut ‘dreadlock’ sudah sebati dengan identiti Tom.
Tak sabar rasanya nak lihat penampilan terbaharu Tom nanti. Semoga usaha dan pengorbanan Tom untuk memotong rambutnya berbaloi. – BOOM!