Pelakon Lana Nodin memaklumkan bahawa bapanya iaitu Hassan Nodin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu malam.
Lana berkongsi khabar duka itu menerusi akaun Instagram dengan memuat naik kandungan video menyaksikannya menangis di sisi jenazah.
“Assalamualaikum semua sahabat. Saya Lana Nodin memohon sahabat semua sedekahkan al-Fatihah buat arwah ayahanda tercinta yang telah menghadap Ilahi.
“Sesiapa yang mengenali arwah, saya memohon maaf bagi pihak ayahanda jika ada salah silap.
“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Terima kasih dan wassalam,” coretnya.
Sebagai informasi, Hassan yang meninggal dunia di usia 71 tahun itu menghidap penyakit kencing manis yang dideritai sejak enam tahun lalu. – BOOM!