Pasangan selebriti, Raf Yaakob dan Mawar Rashid semalam berkongsi berita gembira apabila bakal menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi.
Menerusi entri video di akaun media sosial Mawar, pelakon berusia 27 tahun itu memuat naik klip rakamannya membuat kejutan terhadap suaminya.
“Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Saya doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti menimang cahaya mata agar dimakbulkan Allah.
Lebih menarik, menerusi klip berdurasi kira-kira satu minit itu, Mawar turut merakam reaksi ahli keluarga dan kenalan rapat sebaik memberitahu tentang kehamilannya itu tiga bulan lalu.
Berdasarkan petikan teks disertakan di video tersebut, dia ada memberi bayangan bahawa usia kandungannya baru melepasi tempoh trimester pertama.
“Tiga bulan saya tak sihat sampai terpaksa pergi hospital disebabkan masalah nyahhidrat.
“Asyik sakit kepala, tak boleh makan dan minum, mampu terlantar atas katil saja. Malah ada beberapa tawaran kerja ditolak. Namun dalam kepahitan ada kemanisannya.
“Ini kerana, pada masa itulah saya dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam tubuh,” ceritanya teruja.
Menonton klip pendek dimuatnaiknya, kejutan dirancangkan Mawar dirakam dengan pemandangan indah penuh rasa cinta apabila berlatarbelakangkan Menara Eifel, lambang percintaan penduduk Eropah yang terletak Paris, Perancis.
Pasangan yang berkahwin pada 9 November 2017 itu telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 3 dan Raden Seri Rossabella Cinta, 1.
Bagaimanapun hasil perkahwinan pertama Raf, dia memiliki dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. – BOOM!