Primadona popular, Nasha Aziz mengakui baru saja mengenali seseorang sejak sembilan bulan lalu dan semakin selesa berkawan rapat.
Nasha atau Noraishah Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas soal jodoh sementelah usianya kini mencecah 51 tahun.
”Memang ada, tapi kami baru saja kenal sembilan bulan, masih baharu lagi.
”Rileks dulu…” katanya berterus terang tanpa memberitahu secara terperinci.
Pun begitu, jelitawan itu enggan berborak panjang tentang topik tersebut kerana mahu kisah kerjayanya diutamakan.
”Nak jawab sejauh mana hubungan kami pun tak tahu nak cakap macama mana, ,” jawab Nasha berseloroh.
Dia menjawab pertanyaan sijukan wartawan berkenaan sebaik berakhirnya majlis pelancaran filem pertama lakonannya berjudul Talbis Iblis.
Selain anak jati Pahang itu, barisan pelakon naskhah di bawah arahan Kabir Bathia tersebut ialah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Jay Iswazir, Izzy Reef, Sherry Merlis, Amir Nafis, Puteri Syahadah dan Zaft Farrel. – BOOM!