Pelakon Azhar Sulaiman menitipkan pesanan buat anak kembarnya, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin yang menyambung pelajaran di United Kingdom.
Aktor itu yang terpaksa berpisah seketika dengan kedua-dua anaknya memberi peringatan agar mereka tidak meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh.
“Belajar dengan bijak dan jangan tinggal solat OK. Dunia mami akan sunyi lepas ini,” katanya di Instagram.
Melalui entri berbeza, pelakon Abang 92 itu berharap agar Kasih yang sering mencetuskan kontroversi dan menjadi bualan netizen untuk berubah dengan penampilan yang lebih baik.
“Saya tidak rasa sedih sangat, mungkin kerana mereka sudah mengembara ke seluruh negara sejak kecil dengan menyertai pelbagai program.
“Tempoh tiga tahun tidak lama dan cukup masa untuk Leona pulang dengan imej baharu. United Kingdom kan sejuk,” katanya. – BOOM!