Lazimnya tatkala menghadiri majlis persandingan orang Melayu, bunga telur adalah sesuatu yang wajib ada.
Namun unik pula perkongsian penyanyi, Imran Ajmain yang menerima ‘bunga telur’ daripada raja sehari, Puan Najwa Syamimi Ilias dan Tuan Muhamad Azlisham Raslan pada minggu lalu.
“Saya diundang untuk menyanyi di majlis persandingan sepasang adik-beradik di sebuah kem tentera!
“Sempena Hari Malaysia hari ini, saya nak ‘unboxing’ satu ‘bunga telur’ yang diterima pada hari tersebut,” katanya.
Menerusi video itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Selamat Ulang Tahun Sayang itu menerima barangan cenderahati bercirikan tentera.
Dalam entri sama, Imran sempat mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada Kapten Nursyafiqah Asilah Ilias dan Kapten Muhammad Hafizuddin Mohd Hakim. – BOOM!