Penyanyi Noh Salleh mengumumkan kerjasama jenamanya iaitu Hikari Riders dengan Isetan Kuala Lumpur.
Berita baik itu diumumkan menerusi akaun Instagram miliknya berserta beberapa keping gambar berlatarkan tradisional Jepun.
“Kerjasama ini menyambut tali persaudaraan (Kizuna) yang terjalin menerusi kesenian kaligrafi Jepun.
“Setiap patah perkataan direka bentuk menggunakan tangan oleh pakar kaligrafi yang bermula sejak era tradisional sumo, 350 tahun lalu.
“Dengan harapan, semoga sejarah tercipta menerusi penyatuan dua negara ini.
“Apatah lagi program itu akan bermula serentak pada Hari Malaysia yang turut disertai Riot Kidz (pengikut Hikari) bagi menyaksikan acara itu nanti,” ujarnya.
Jelas penyanyi Bunga Di Telinga itu lagi, projek itu merupakan gabungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Jepun, yang memupuk hubungan kerjasama secara positif sejak bertahun lalu.
Untuk rekod, mereka akan melangsungkan hari bermakna tersebut pada 16 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022. – BOOM!