Penyanyi dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa mendedahkan dirinya tidak sedar hidup dengan satu buah pinggang sehinggalah berumur 18 tahun.
Pelakon filem Layla Majnun itu memberitahu, tabiat jarang minum air putih serta suka menahan kencing mengakibatkannya menderita masalah itu.
“Ketika menjalani penggambaran filem, saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya,” jelasnya.
Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya, rupa-rupanya hanya bergantung dengan satu ginjal sahaja,” ujarnya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya, mungkin sewaktu dia dilahirkan, tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementara itu, Acha menambah, memiliki satu ginjal bukanlah satu masalah, namun perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti. – BOOM!