Artis sensasi, Baby Shima mengakui teringin untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama terkenal dunia iaitu Calvin Klein.
Menurut penyanyi dangdut itu, segelintir selebriti tempatan sudah pun menjadi wajah bagi memperagakan jenama tersebut, tetapi dia masih belum dirisik.
“Hey ,@calvinklein! Sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dan baju dalam ni!
“Bukan apa, ramai artis Malaysia dah dapat buat iklan ni. Cemburulah tengok komen-komen diterima mereka.
“Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAY, STUNNING). Shima pun nak cuba juga, mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” akuinya.
Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, memuat naik pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
Baru-baru ini, perkongsian video penyanyi itu sekali lagi menjadi perhatian umum ketika berada di sebuah studio di Jakarta, Indonesia apabila tampil dengan pakaian mencolok mata. – BOOM!