Bapa kepada Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz yang didakwa melakukan cabul terhadap pelakon remaja perempuan itu membuat laporan polis semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah bagi menafikan dakwaan terbabit.
“Pun begitu setakat ini tiada laporan polis (bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya.
Terdahulu, Balqis membuat pendedahan mengejutkan apabila membongkar sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk melalui wawancara podcast di YouTube baru-baru ini.
Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Harun sekiranya perkara itu benar berlaku, pihaknya akan memanggil pelakon terbabit serta bapanya untuk disiasat dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro