Pelakon cantik, Tasha Shilla selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram pada 10.37 pagi semalam.
Suami kepada aktres berkenaan, Muhammad Atiq Idris berkata, Tasha melalui proses pembedahan selama 45 minit sebelum anak kedua mereka dikeluarkan.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi (semalam). Malah saya juga berada di sisinya ketika pembedahan berlangsung untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan proses pembedahan,” katanya.
Terdahulu, Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 35, dan suami pernah memaklumkan telah memilih nama Nyla Kaadira untuk anak kedua mereka itu.
Sebagai info, pasangan tersebut bernikah pada 28 Februari 2020 dan mereka menyambut anak sulung, Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan. – BOOM!