Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan memaklumkan bapa mentuanya, Mohamed Akif Emir Ahmad Teruki menghembuskan nafas terakhirnya sekitar subuh hari ini.
Berita duka itu dikongsikan menerusi akaun IG Story miliknya pagi ini dengan kapsyen ringkas.
“Assalamualaikum. Ayah mentua saya, Mohamed Akif Emir bin Ahmad Teruki baru saja pulang ke rahmatullah pada subuh tadi.
“Dimohon jasa baik semua menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah.
“Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Perkenankanlah ya Allah. Terima kasih,” coretnya.
Kali terakhir Saharul memuat naik perkongsian mengenai bapa mentuanya adalah pada Oktober 2019 menerusi akaun Facebook yang ketika itu sedang sakit. – BOOM!