Sudah dua bulan berlalu, namun sehingga kini Lufya Omar dikatakan masih belum memberi kerjasama kepada polis berhubung kes anaknya yang hampir diculik pada Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sehingga kini pihaknya belum merakam sebarang keterangan selebriti itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Anak Cuba Diculik, Lufya Nafi Tak Beri Kerjasama – “Dah Dua Kali Saya Ke Balai Polis”
“Kita masih menunggu kerjasama daripadanya. Keterangan anaknya perlu diambil untuk meneruskan siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Hampir Diculik Lelaki Tak Dikenali, Lufya Omar Cedera Dipukul Dengan Kayu
“Malah kanak-kanak itu juga perlu dirujuk kepada Child Interview Center bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu sidang media.
Terdahulu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika bermain di taman permainan berhampir rumah mereka di Kota Damansara. – BOOM!