Ikatan perkahwinan antara Nad Zainal dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin selama tujuh tahun disahkan sudah terlerai.
Spekulasi mula timbul apabila tinjauan di akaun Instagram milik Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin mendapati tiada lagi fotonya bersama Faliq.
“Ya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Keputusan untuk berpisah ini juga adalah kata sepakat antara kami berdua.
“Pun begitu, kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya dalam nada tenang tetapi beremosi.
Diaju soalan tentang punca dan tarikh perceraian mereka, pelakon Takdir Yang Tertulis itu enggan mengulas lanjut.
“Cukup sekadar saya kongsi status terkini kerana tidak mahu mengundang fitnah,” ujarnya yang mendirikan mahligai bersama Faliq pada 18 Disember 2015.
Tambah Nad, fokusnya kini teralih kepada kedua-dua anak mereka, selain membiasakan diri dengan gelaran ibu tunggal. – BOOM!