Penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi tidak mengambil hati dengan tindakan Neelofa yang kononnya mahu mendedahkan nama teman wanitanya di media sosial.
Sufian, 30, berkata, dia sudah terbiasa berdepan situasi seperti itu dan cuma menganggapnya sebagai satu gurauan.
“Hal macam ni dah selalu berlaku. Dia cuma bergurau. Bukan Neelofa saja, malah ramai lagi orang lain buat perkara sama,” ulasnya.
Dia berkata demikian bagi menjawab dakwaan Neelofa yang mengatakan dirinya sudah berpunya dalam satu siaran langsung TikTok baru-baru ini.
“Sufian sudah berpunya, namanya bermula dengan huruf…,” usik Neelofa.
Lantas Sufian sempat membalas usikan selebriti popular itu dengan menyangkal kenyataannya.
“Mana ada!” jawabnya ringkas.
Perkara tersebut turut menarik perhatian warganet yang menonton siaran tersebut dan ingin mengetahui gerangan wanita dimaksudkan Neelofa. – BOOM!