Sudah hampir setahun menamatkan saingan Big Stage 2021 di tempat kedua, Danial Chuer akui penat menanti kehadiran single terbaharunya seperti dijanjikan oleh syarikat pengurusan.
Danial atau Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, 21, berkata, kegagalan Aries Music selaku label muzik yang menguruskannya membuatkannya tawar hati untuk meneruskan baki setahun kontrak bersama mereka.
“Saya hanya tunggu masa untuk bertemu dengan pihak pengurusan bagi membincangkan isu ini.
“Ralat rasanya apabila sudah setahun menunggu, namun tiada single yang dikeluarkan. Saya dah hasilkan lagu sendiri, tetapi tidak diberi peluang untuk menerbitkannya,” dedah Danial.
Mengulas lanjut, selama ini dia bersangka baik dengan syarikat pengurusan, akan tetapi kesabarannya kian menipis apabila tiada sebarang perubahan berlaku.
Malah dia rasa seperti diabaikan kerana pihak berkenaan tidak menjalankan peranan dengan baik dari sudut promosi, pemasaran dan penerbutan lagunya. – BOOM!