Pelakon yang pernah mencipta fenomena di usianya masih kecil, Puteri Balqis kebelakangan ini semakin menjadi perhatian ramai.
Masakan tidak, tindakannya yang mengenakan pakaian mencolok mata menimbulkan kegusaran dalam kalangan peminat yang menyifatkannya terlalu seksi.
Baru berusia 15 tahun, dia yang mesra disapa Aqish itu menerusi satu muat naik menyaksikannya cuma memakai baju crop top berserta seluar londeh, sekali gus mendedahkan sebahagian tubuhnya di bahagian perut.
Malah ia bukan kali pertama imej Aqish menjadi bualan hangat warganet memandangkan sebelum ini sudah beberapa kali gaya pemakaiannya dikritik pemerhati dunia hiburan tempatan.
Mengakui seorang yang gemar berfesyen, pembabitannya di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) amatlah besar makna buat dirinya.
“Sangat gembira untuk pentas peragaan pertama saya,” ulasnya memuat naik sekeping foto menggayakan pakaian jenama Neonate dalam acara itu.
Pun begitu, para peminatnya meluahkan rasa kecewa kerana tidak senang melihat penampilannya yang tidak seiring dengan usia remaja. – BOOM!