Lagu Sikok Bagi Duo trending sejak pertengahan bulan ini. Majoriti pengguna Instagram dan TikTok menggunakan lagu itu sebagai kandungan mereka.
Tidak ketinggalan bintang Mawi dan penyampai radio Zayan, Anas Tahir turut menjadikan lagu tersebut sebagi parodi kandungan di akaun Instagram mereka dengan lebih kreatif.
Dalam tinjauan BOOM! entri terbaharu penyanyi Kalah Dalam Menang itu memuat naik rakaman video sedang mengalunkan bacaan Al-Quran surah Al-A’laa bersama Anas.
“Sumpah kali ini tak ada sikok bagi duo!,” tulis Mawi ringkas pada kapsyen entri itu.
Menerusi pemerhatian BOOM! di ruangan perkongsian tersebut, majoriti mengagumi kemerduaan suara Mawi dan Anas.
Bahkan memuji bacaan harakat, tajwid dan makraj yang baik.
Sebagai informasi lagu Sikok Bagi Duo berkisarkan jika satu untuk dua tidak boleh, bolehlah diusahakan bersama-sama. – BOOM!