Aktor tersohor Indonesia, Raffi Ahmad baru-baru ini membuktikan bahawa kekayaan dimilikinya mampu membuatkan dirinya dan keluarga bahagia.
Digelar Sultan dalam kalangan peminatnya di sana, Raffi telah mengundang bintang bola sepak legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Michael Owen hadir ke majlis sambutan hari jadi anak sulungnya, Rafatar.
Owen diundang ke majlis tersebut yang berlangsung di kediaman keluarga Raffi di Jakarta bagi meraikan ulang tahun Rafatar ke-7.
Difahamkan atlet bola sepak terkenal dunia itu berada di Indonesia selama tiga hari dan sempat meluangkan masa menonton perlawanan Big Match Liverpool vs Manchester United pada 23 Ogos lalu.
Sebagai info, Owen merupakan bekas pemain yang pernah menyarung jersi kedua-dua pasukan handalan terbabit. – BOOM!