Gerak-geri usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu sejak kebelakangan ini sering mencuri perhatian umum, lebih-lebih lagi wanita yang mendampinginya.
Terbaharu, entri videonya bersama aktres Zara Zya yang dimuat naik di media sosial kembali menjadi bualan kaki gosip sehingga status hubungan mereka dipersoalkan warganet.
Malah kapsyen yang disertakan menerusi video tersebut turut mengundang tanda tanya apabila kata-kata Shuib memberi maksud yang samar-samar.
“Nak cakap YA pun tidak, nak cakap TAK pun tidak… ia di tengah-tengah. Ha macam mana tu? Boleh tolong jelaskan tak Zara?” memetik tulisannya.
Ekoran perkongsian tersebut, ramai dalam kalangan pengikut kedua-dua selebriti itu mendesak agar Shuib dan Zara berterus-terang tentang perhubungan mereka.
“Kasi jadi Soeb (Shuib)!”
“Sesuai sangat dah ni.”
“Semoga dipermudahkan segala urusan, amin.”
Biarpun mereka berdua pernah menafikan wujud perasaan cinta antara satu sama lain, bagaimanapun warganet tetap tidak putus asa mahu melihat Shuib memperisterikan Zara. – BOOM!