Aktor tersohor Bollywood, Salman Khan memfailkan saman terhadap jirannya pada 12 Ogos lalu atas dakwaan menyebarkan fitnah dan menimbulkan provokasi.
Hal itu berpunca daripada perkongsian video seorang individu bernama Ketan Kakkad yang menuduhnya cuba menutup sebuah kuil selain melakukan pemerdagangan manusia serta terlibat kes dadah.
Difahamkan, selebriti popular berusia 57 tahun itu berusaha untuk bersemuka dengan Ketan bagi menyelesaikan masalah tersebut, namun ia tidak diendahkan.
Makanya, pelakon filem Bharat itu membuat permohonan saman di mahkamah sivil, tetapi ditolak yang menyebabkannya terpaksa merujuk ke mahkamah tinggi.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh peguam Salman, penyebaran video terbabit sekali gus telah mewujudkan perbalahan antara penganut Hindu dan Muslim di sekitar kawasan kediamannya.
“Jelas bahawa video itu merupakan provokasi terhadap anak guam saya (Salman) sehingga timbulnya perbalahan kaum,” memetik kenyataan tersebut. – BOOM!