Pelakon terkenal Indonesia, Fendi Nuril akui mula menyedari perubahan Laudya Cynthia Bella setelah aktres itu enggan melakonkan babak bersentuhan dengan bukan mahram.
Justeru, dia menyokong penuh keputusan rakan pelakonnya itu yang baru-baru ini mengumumkan untuk bersara terus dari dunia lakonani.
“Saya sebagai rakan menyokong apa saja yang akan membuatkan dia tenang.
“Boleh dilihat jika sewaktu penggambaran yang Laudya tak mahu bersentuhan.
“Bagi saya, kerjaya sebagai seorang pelakon agak sukar buat seseorang sepertinya apatah lagi jika dia diminta pengarah melakonkan babak romantis seperti pasangan suami dan isteri,” ujarnya.
Laudya sebelum ini didakwa sudah menikahi pemuda Arab dan tidak lama selepas itu, dia mengumumkan mahu meninggalkan bidang lakonan kerana sudah lama merancang berbuat demikian. – BOOM!