Pelakon Ruzana Ibrahim melalui perkongsian di media sosialnya mendedahkan dia kini hamil anak pertama, setelah lima tahun melayari bahtera perkahwinan.
Meskipun tidak menyatakannya secara jelas, aktres siri Gerak Khas Undercover itu menerusi akaun Instagram telah memuat naik sekeping fotonya sambil memegang perut.
“Sunsets and new beginnings,” coretnya ringkas.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun berkenaan tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai usia kandungan ataupun jantina bayi dikandungnya.
Sementara itu, entri di IG Story miliknya menggambarkan, Ruzana mengalami keadaan seperti kebanyakan wanita hamil sedang lalui.
“Ibu ini perlukan urutan sangat-sangat. Kebelakangan ini banyak berdiri dan berjalan,” tulisnya memohon perhatian.
Untuk rekod, Ruzana sah bergelar isteri kepada pasangannya, M Fadhil Zakaria dengan hanya sekali lafaz pada 11 Mac 2018. – BOOM!