Memasuki industri dengan imej macho berambut panjang, penampilan terkini Ben Amir yang lebih kemas berambut pendek tetap berjaya menambat hati para peminatnya.
Memuat naik beberapa keping gambar terbaharu di akaun media sosial, berdasarkan kapsyen, Ben meminta pendapat pengikutnya mengenai perubahan gayanya.
“Era rambut pendek, apa kata anda?” soalnya meminta pandangan.
Rata-rata pertanyaan Ben itu disambut baik oleh para peminatnya dengan respons positif dengan kata-kata pujian.
“Panjang ke pendek ke tetap kacak.”
“Nampak lebih handsome berambut pendek.”
“Sentiasa nampak kacak.”
Pada masa sama, ada juga yang menyamakan ketrampilan Ben salin tak tumpah seperti bintang Korea iaitu Lee Dong-wook dan aktor Thailand, Sunny Suwanmethanon.
“Sekali imbas macam Dong-wook.”
“Macam Dong-wook versi berkumis.”
“Ingatkan pelakon Thai si Sunny tu.”
“Elok macam Sunny!”
Difahamkan, Ben mula berimej demikian selepas menjalani pembedahan mata akibat terbabit dalam satu kemalangan baru-baru ini. – BOOM!
Wahh nampak smart la dah potong rambut pendek. Nampak clean