Tiada sebarang pengakuan direkodkan tentang imej baharunya, Elyana bagaimanapun dilihat tidak lagi mengenakan hijab dalam satu acara yang dihadirinya hari ini.
Menurut Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 36, penjelasan yang keluar dari mulutnya hanya sia-sia memandangkan khalayak tidak mahu mengambil tahu mengenai dirinya.
“Kalau saya jelaskan sekali pun, macam-macam cerita lain pula akan ditimbulkan netizen. Demi menenangkan suasana di persekitaran saya, baik diam sahaja,” tegasnya.
Penyanyi itu berkata demikian usai menghadiri Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia sempena penganjuran MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Berbicara lanjut, Elyana akui tidak wujud istilah penyesalan dalam kamus peribadinya, malah mengimpikan kehidupan yang penuh kebaikan jiwa dan rohani. – BOOM!