Entri dimuat naik Nur Fazura semalam yang kelihatan seperti sedang berurusan di balai polis ternyata menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Menerusi hantaran foto itu juga, Fazura turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia.
“Terima kasih PDRM. #tegasadildanberhemah,” tulisnya ringkas tanpa memberitahu secara jelas situasi yang dihadapinya dengan lebih terperinci.
Pun begitu hari ini, di ruangan IG Story, dia ada berkongsi foto menampakkan kakinya yang berbalut akibat tercedera.
Jelasnya, kecederaan itu dialaminya sejurus terlanggar besi lampu.
“Sakit juga kaki ni bila terlanggar lampu besi. Macam kaki hantu mumia dah,” memetik kapsyen tulisannya.
Namun menurut aktres filem Pisau Cukur itu, urusannya di balai polis tempoh hari tiada kena mengena dengan kakinya yang tercedera.
“Ia kes yang berat. Kita serah ke hadrat Allah,” maklumnya merungkai kekeliruan.
Bahkan dia menyerahkan permasalahan itu kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan. – BOOM!