Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bergelar Penerbit Dan Pengarah Program TV, Vince Terpaksa Tolak Tawaran Sertai Gegar Vaganza

19/07/2022
Mimi Hadidby Mimi Hadid
in Celebrity, Extra
Bergelar Penerbit Dan Pengarah Program TV, Vince Terpaksa Tolak Tawaran Sertai Gegar Vaganza

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi yang juga juara sulung program realiti Akademi Fantasia iaitu Vince mengakui ada menerima tawaran untuk menjadi salah seorang peserta program nyanyian Gegar Vaganza (GV).

Namun kata pemilik nama penuh Vincent Chong Ying Cern ini, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana sudah terikat dengan sebuah projek.

“Saya telah dijemput untuk menyertai GV tahun ini. Tetapi sayangnya saya tak dapat turut serta. Saya terikat dengan projek untuk mengarahkan sebuah program realiti di Sarawak.

“Sehari sebelum sesi ujibakat untuk GV, saya telah dihubungi oleh pihak produksi di Sarawak mengesahkan projek ini. Jadi saya terpaksa akur dengan menolak tawaran menyertai GV.

“Apabila saya beritahu pihak produksi, mereka agak kecewa. Tetapi nak buat macam mana, tak ada rezeki untuk saya beraksi di pentas GV tahun ini,” katanya.

Kata pelantun lagu Mengapa Harus Cinta itu, ia bukan kali pertama dia ditawarkan untuk menjadi peserta GV kerana pernah ditawarkan peluang sama usai menyertai The Masked Singer Malaysia musim pertama lagi.

“Ketika itu saya rasa jarak masak diantara The Masked Singer Malaysia dan GV terlalu dekat. Kali ini pula saya terpaksa tolak sebab terikat dengan kerja lain. Harap-harap tahun depan mereka tidak serik untuk panggil saya lagi,” katanya.

Hampir 20 tahun bergelar penyanyi sejak menjuarai Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003, Vince akui dia sangat rindu untuk membuat persembahan di atas pentas besar seperti GV.

“Ada satu ketika saya pernah senyap dari industri. Tetapi ketika itu saya banyak libatkan diri dengan persembahan teater muzikal. Untuk saya teater muzikal menjadikan saya penghibur yang lebih baik kerana kita tak boleh buat salah. Setiap hari penonton yang datang berbeza-beza. Jadi anda perlu sentiasa bertenaga setiap masa,” katanya.

Vince mengorak selangkah lagi dalam kerjayanya apabila dia kini bergelar penerbit untuk siri animasi kanak-kanak.

“Walaupun saya sudah tidak buat muzik untuk saya sendiri, tetapi saya buat muzik untuk kanak-kanak. Fokus kami untuk animasi ini ialah kanak-kanak yang berusia dari dua hingga enam tahun.

“Idea untuk menghasilkan animasi ini mula tercetus dua tahun sebelum PKP. Tetapi ketika itu saya tak rasa macam perlu buat segera.

“Tetapi disebabkan PKP, saya rasa inilah masa terbaik sebab nak menyanyi pun tak ada tawaran. Platform digital sangat mendapat tempat di hati penonton dan memudahkan kerja kerana boleh bekerja dari rumah,” ujarnya.

Kata bapa kepada sepasang cahaya mata ini lagi, apa yang menarik mengenai animasi terbitannya itu, setiap episod mempunyai runut bunyinya sendiri.

“Saya tulis sendiri lagu-lagu berkenaan. Apa yang saya boleh katakan, animasi ini sangat ini sangat bertaraf antarabangsa kerana kami juga mahu mensasarkan pasaran antarabangsa,” ujarnya. – BOOM!

Previous Post

Dilamar Jenama Fesyen Tersohor Dunia, Neelofa Terkejut Sementelah Dirinya Berniqab

Next Post

Nur Fazura Terima Anugerah Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity Of The Year

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kisah Sebenar Perjalanan Forceparkbois, Kereta Jadi Metafora Dalam Single Topboi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sepanjang PKP, Saya Langsung Tak Bergaji” – Punca Nadia Hasnan Tinggalkan Era

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aku Tak Pregnant Tapi Naik 6kg Sebab Tengah Enjoy..” – Shakilla Khoriri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Ikhtiar Terbaik Saya” – Syafie Naswip Gadai Trofi Demi Dana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan Selebriti 2024 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Masa Untuk Top-Up Pahala” – Skuad Prihatin Siti Nordiana Bela Nasib Fakir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selebriti Berenang Pakai Tudung Dengan Bikini, Ramai Persoal – “Ajaran Mazhab Mana Ni?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kisah Sebenar Perjalanan Forceparkbois, Kereta Jadi Metafora Dalam Single Topboi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Actually I’m Done, That’s The Limit” – Bekas Isteri Aziz M.Osman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dulu Pelakon Lagak Ngeri Wanita, Sekarang Ahirine Ahirudin Dah Jadi Heroin Filem

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jue Aziz Nafi Rahsiakan Perkahwinan, Rancang Majlis Resepsi Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Cupcake Aisyah Pempengaruh Remaja Paling BOOM! Diikuti 9 Nama Lain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sepanjang PKP, Saya Langsung Tak Bergaji” – Punca Nadia Hasnan Tinggalkan Era

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selebriti Berenang Pakai Tudung Dengan Bikini, Ramai Persoal – “Ajaran Mazhab Mana Ni?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anna Jobling Anti Lelaki Hipokrit! Sanggup Bujang Daripada Berkahwin Tetapi Makan Hati…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Takkan Nak Jadi Artis Sampai Mati?” – Helmi Gimmick Ajak Rakan Manfaat Kelebihan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bos Besar Kongsi Tip Kejayaan Suria FM – “Hubungan Penyampai Dan Pendengar Kena Jaga”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilantik Duta Anti-Scam Paling Muda, Jay Nazif Bangga Atas Kepercayaan Diberi PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd