Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Dah Biasa Main Kotor” – Ayu Damit Bangga Bergelar Usahawan Tani Berjaya

18/07/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Entertainment, Exposé

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Baru saja melancarkan single baharu berjudul “Permata”, penyanyi kelahiran Negeri Bawah Bayu, Ayu Damit tidak kisah andai terpaksa mengerah keringat berlebihan untuk kekal bertahan dalam industri seni tempatan.

Dalam temu bual bersama Boom!, Ayu menjelaskan setelah sekian lama dia bertapak sebagai penyanyi, dia tetap bersyukur kerana kewujudannya dalam mewarnai pentas muzik tanah air masih diterima baik dan mendapat perhatian.

“Setelah menjuarai program realiti One In A Million suatu ketika dahulu, tak dinafikan berlakunya turun naik dalam memantapkan karier saya selaku penyanyi. Namun saya tidak pernah mengalah, malah menekadkan lagi keazaman dan amat berterima kasih kepada produksi Gegar Vaganza 2019 kerana memberi ruang serta peluang kepada saya untuk memperkukuhkan kedudukan di persada muzik Malaysia” ujar Ayu.

“Dapat menyertai program hiburan popular itu pun sudah satu rahmat buat saya apatah lagi berjaya menamatkan persaingan di tempat kedua, ia bagaikan mimpi jadi realiti,” ceritanya sambil melirik senyum bangga mengimbas detik kemenangan tersebut.

Di samping itu, Ayu turut mengulas tentang kegigihan berterusannya bersama suami berbakti kepada tanah apabila menceburi bidang pertanian.

Menariknya, usaha pasangan suami isteri itu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, bahkan mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada agensi kerajaan yang berperanan mengembangkan industri asas tani di Malaysia.

“Jujurnya, saya tidak kisah jika dilabel sebagai petani, peladang, pekebun atau apa jua gelaran sebegitu kerana hakikatnya itulah yang memang saya lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini’ katanya lagi. 

Ayu dan suaminya selesa untuk bergiat aktif dalam bidang ini kerana ianya bukan sekadar menjadi sumber pendapatan bagi dirinya, bahkan rangkaian perniagaan yang ada dalam industri ini cukup luas dan memberangsangkan, sekali gus mampu menaik taraf kehidupan beliau sekeluarga ke tahap yang lebih baik.

Ayu turut bercadang menceburi bidang penternakan dan persediaan ke arah usaha tersebut sedang rancak dilakukan termasuklah urusan menyiapkan kertas kerja sewajarnya.

“Insya-Allah, tidak lama lagi kami akan mula menternak kambing dan lembu untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat dan juga luar negara. Proses menyiapkan kertas kerja telah memasuki peringkat akhir dan diharap setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat, kami dapat segera memulakannya,” ujar Ayu.

Terdahulu, pada 2 Julai lalu, penyanyi bersuara lantang itu dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tercinta, Damit Osiri, 72, ke rahmatullah akibat menghidap penyakit kanser yang didiagnos sejak Mac tahun ini.

“Saya sempat terbang pulang ke Sabah seorang diri untuk menguruskan proses pengebumian jenazah arwah Abah walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak bersama suami di Semenanjung. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan saya sebagai anak sulung, kini tanggungjawab terletak di bahu saya untuk memastikan kelangsungan hidup kami sekeluarga,” tambahnya mengakhiri perbualan.

Bagi mengikuti perkembangan lain, tonton rakaman penuh video temu bual bersama Ayu yang telah disediakan Boom!

Previous Post

“Normallah Tu Kalau Kena Hentam” – Zoey Rahman Giat Jual Kosmetik

Next Post

“Saya Cuma Ikut Arahan” – Tukar Vaksin, Ifa Raziah Tepis Dakwaan Demand

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • “Dia Bermadu, Dah Kahwin Tiga Bulan Lalu” – Benarkah Mawar Karim Jadi Isteri Kedua?

    “Dia Bermadu, Dah Kahwin Tiga Bulan Lalu” – Benarkah Mawar Karim Jadi Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lelaki BBNU 2023 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ramai Sangsi Dengan Kemewahan Hairul Azreen – “Saya Bukan Berlakon Sahaja!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Allah Pinjamkan Sekejap Saja…” – Tiga Bulan Hamil, Kandungan Elvina Gugur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penginapan Artis Filem 3 Hajat Di TTS Staycation Chalet, Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lelaki Gila Seks Terangsang Tengok Perut Ibu Mengandung – “Hati-hati Tayang Baby Bump!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lagu Sosial, Dr Wan Zawawi Meninggal Dunia Ketika Hendak Tunaikan Solat Subuh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Ke Orang Minat Saya?” – Arwan Teruja Jadi Rebutan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Ikhtiar Terbaik Saya” – Syafie Naswip Gadai Trofi Demi Dana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lagu Yataghayar Berunsur Kerohanian Islamik Serlah Sisi Lain Eddie G, Asfan Dan Luca Sickta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Bukan Saya!” – Ramai Yang Keliru Antara Personaliti Siti Khadijah Dengan Siti Hariesa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayaran Tak Masuk Akal” – Berasa Kecewa, Matz Burhan Fokus Bisnes Jual Air Quanta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lagu Sosial, Dr Wan Zawawi Meninggal Dunia Ketika Hendak Tunaikan Solat Subuh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tujuh Tahun Kenal, Perkahwinan Sofyank Ditonton Hampir Sejuta Pengikut Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Bermadu, Dah Kahwin Tiga Bulan Lalu” – Benarkah Mawar Karim Jadi Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Allah Pinjamkan Sekejap Saja…” – Tiga Bulan Hamil, Kandungan Elvina Gugur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bawa Pulang 3 Pingat, Meema Teh Bangga Harumkan Nama Malaysia Di Bumi Amerika

    Bawa Pulang 3 Pingat, Meema Teh Bangga Harumkan Nama Malaysia Di Bumi Amerika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lagu Yataghayar Berunsur Kerohanian Islamik Serlah Sisi Lain Eddie G, Asfan Dan Luca Sickta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Eh, Macam Alas Meja La…” – Koleksi Baju Raya Mimpikita Jadi Sindiran Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dicemuh Tak Cukup Kain | Siti Zoner Ditegur | Shila Letak Syarat | Adegan Bogel Thor

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lelaki Gila Seks Terangsang Tengok Perut Ibu Mengandung – “Hati-hati Tayang Baby Bump!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayaran Tak Masuk Akal” – Berasa Kecewa, Matz Burhan Fokus Bisnes Jual Air Quanta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd