Diva ternama Indonesia, Melly Goeslaw akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik setelah mendapati berat badannya kini melebihi 100 kilogram.
Pelantun lagu Bila Cinta Bertasbih itu baru-baru ini membuat pengakuan terbuka di akaun Instagram miliknya bakal menjalani rawatan kosmetik memotong usus tersebut.
Menerusi video itu, kelihatan Melly sedang duduk di katil hospital sambil dipeluk oleh suaminya, Anto Hoed yang memberikan kata-kata semangat.
“Bismillah, aku ingin membagikan (berkongsi) momen bahagiaku, salah satu langkah besar dalam hidupku.
“Ternyata ia amat menyenangkan, aku baru saja melakukan bariatrik,” tulisnya di samping berterima kasih kepada pasukan perubatan yang merawatnya.
Terdahulu pada tahun lalu, Melly yang juga seorang komposer terkemuka itu pernah berusaha menurunkan berat badannya termasuklah menyedut lemak di bahagian pipi.
Sebelum menjalani bariatrik, dia sempat menurunkan sebanyak 30 kilogram atas bantuan pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan. – BOOM!