Kerinduan peminat terhadap band popular Indonesia, Dewa 19 bakal terubat apabila mereka akan turun ke Kuala Lumpur pada 10 September ini sempena meraikan tiga dekad kumpulan itu dalam industri hiburan.
Kali terakhir Dewa 19 mengadakan persembahan di Malaysia ialah pada Februari 2019 tanpa kehadiran pengasasnya, Ahmad Dhani.
Istimewanya kali ini, Dewa 19 bakal menyatukan kesemua empat vokalis yang sama-sama pernah menaikkan nama band ini sepanjang lebih 30 tahun mereka berada dalam industri iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan yang terbaharu, Ello.
Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.
Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.
Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.
Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.
Dewa 19 cukup popular dengan lagu Pupus, Dewi, Satu dan Larut ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Surabaya. Mereka mula aktif bermain dalam industri sejak 1992 hingga kini.
Laskar Cinta (standing)
Early bird: RM168
Full price: RM188
Dewi (level 4)
Early bird: RM148
Full price: RM168
Kangen (level 3)
Early bird: RM268
Full price: RM288
Roman Picisan (level 3)
Early bird: RM368
Full price: RM388
Arjuna (level 3)
Early bird: RM468
Full price: RM488
Tiket konsert ini dibuka sejak 11 pagi tadi di laman tiket rasmi https://www.ticket2u.com.my/dewa19 atau talian hotline: 019-9919055 (whatsapp). – BOOM!