Lagu berjudul Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ternyata mencetuskan fenomena tersendiri sehingga banyak dijadikan runut bunyi di TikTok.
Bukan itu sahaja, video muzik lagu gabungan bahasa Arab dan Melayu tersebut juga berjaya meraih lebih 4 juta tontonan dan popular di negara jiran.
Terkini, menerusi perkongsian di TikTok, sebuah portal hiburan seberang menyangka muzik tersebut dinyanyikan oleh artis Indonesia.
Ia rentetan bait-bait lirik Casablanca kedengaran seperti bahasa ibunda mereka.
“Menurut kalian itu bahasanya kebetulan emang mirip (memang sama) atau gimana (bagaimana) guys?” tulisnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai tidak berpuas hati dengan tindakan mereka suka ‘claim’ sesuatu.
Terdahulu, nyanyi secara langsung oleh Nuha Bahrin dalam program MeleTOP dikecam oleh warganet kerana dikatakan ‘sumbang’ dan tidak seindah yang dijangka. – BOOM!