Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ketiga

18/07/2021
Abang Deeby Abang Dee
in Entertainment, Exposé

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sepi dari pentas dunia glamor disamping kegagalan dua kali dalam mendirikan rumah tangga dengan wanita yang sama, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam sentiasa berdoa untuk kembali mengecap kebahagiaan bersama insan yang bergelar isteri.

Enggan menyentuh hal berkaitan dua perkahwinan terdahulu kerana khuatir akan mengaibkan sesiapa, pemilik nama penuh Mohd Aizam Mat Saman itu sebaliknya memberitahu dia tidak mengambil pusing dengan status duda yang digalas dua kali dalam kehidupan peribadinya.

Ditanya tentang soal jodoh, Adam tidak keberatan untuk menjawab bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga.

“Cuma masalahnya sekarang ini, saya sibuk membina kerjaya baharu sebagai jururunding perniagaan yang diceburi. Pun begitu, saya tidak mengelak daripada ketentuan Ilahi. Jika ditakdirkan jodoh itu berada di depan mata dan hati kedua-duanya saling berkenan, saya segera akan masuk meminang,” akuinya ketika ditemu bual Boom! baru-baru ini.

Sementara itu, menjelaskan perkembangan baharu karier seninya, Adam akan membantu menghidupkan kembali kumpulan nyanyian yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu iaitu VIP.

Masih lagi menjalankan kerjasama dengan syarikat KRU Music yang bertindak selaku label rakaman, Adam dijangka memperkenalkan barisan anggota VIP sebaik pandemik Covid-19 reda dan syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bagi memudahkan urusan kerja promosi dan pemasaran diteruskan.

“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan bahawa VIP bakal menampilkan muka-muka baharu. Ironinya, saya bukan salah seorang yang akan menganggotai kumpulan itu, tetapi bertindak sebagai penasihat sahaja.”

Menurut Adam, VIP secara asasnya ditubuhkan oleh Edry Abdul Halim dan beliau. Mereka berdua sepakat untuk kekalkan nama kumpulan tersebut biarpun tampil dengan barisan anggota baharu. “Anggota kumpulan sentiasa boleh ditukar ibarat pasukan bolasepak” ujar Adam yang turut menguar-uarkan bahawa kerjaya solonya selaku penyanyi masih diteruskan.

Bagi mengetahui cerita-cerita lain yang dikongsi oleh Adam, tonton rakaman penuh video temu bual yang telah disediakan Boom!

Previous Post

“Saya Tak Tergamaklah!” – Nubhan Ahamad Nafi Pergunakan Mak Sendiri

Next Post

“Masa Untuk Top-Up Pahala” – Skuad Prihatin Siti Nordiana Bela Nasib Fakir

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gosokan Di Alat Sulit | Aman Ra Nikah Lagi | Neelofa Tersinggung | Atta Diraba Rizky

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gian Menunggang, Zizi Kirana Tolak Barang Mewah, Minta Suami Belikan Kuda Baka Arab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pemain Dram Blues Gang, Shaik Karim Meninggal Dunia Selepas Koma Empat Hari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Ini Kenangan Saya Di Luar Negara” – Danial Bogers Tampilkan Debut Bahasa Inggeris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan Selebriti 2024 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Along Gelakkan Saja” – Menari Di Bigo, Ramai Anggap Amelina Amir Pondan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gitaris Kumpulan Rock Popular Lalok Bersama Adik, Dipercayai Turut Edar Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Caprice Tempelak Gadis Melayu Tulis Novel Lucah – “Macam Mana Buku Ni Boleh Dijual?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Petunjuk-Nya” – Faizal Ismail Tergerak Hati Buka Pusat Tahfiz Buat Warga Emas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd