Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memberitahu bahawa berat badannya kini makin susut berbanding sebelum dia hamil anak pertama, Ana Nayla.
Menurut Ayda, berat ketikanya masih bujang adalah 46 kilogram, manakala sekarang cuma seberat 43 kilogram.
Perkara itu didedahkannya di IG Story apabila ditanya oleh para pengikutnya.
“Susah juga nak jawab pasal berat badan ni. Jujurnya saya makan banyak sangat.
“Baby masih menyusu badan, sebab tu perut asyik lapar je. Kadang-kadang terbangun pukul 2 atau 3 pagi pun saya akan makan.
“Heavy duty pun ya juga. Kejap buat itu kejap buat ini, macam-macam.
“Jadi, saya tak ada jawapan khusus macam mana nak turunkan berat badan selepas bersalin,” jelas Ayda.
Pada masa sama, Ayda turut berkongsi petua untuk menyusukan anaknya yang sudah berusia sembilan bulan.”
“Paling penting, jangan stress sebab nanti susu keluar tak banyak.
“Dan jangan risau kalau saiz tetek kecil. Dulu orang kata tetek kecil tak keluar susu tu sebenarnya mitos. Sebenarnya itu semua rezeki Allah,” katanya. – BOOM!