Konsert Tribute Datuk Seri Ahmad Nawab yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga hari pada awal Julai lalu, dilihat kurang mendapat sambutan.
Penerbit konsert itu, penyanyi berkaliber Datuk Jamal Abdillah tetap positif dan melahirkan rasa gembira.
“Saya tidak kisah tidak untung besar. Bagi saya niat utama saya tercapai iaitu saya mahu menghargai guru saya dalam bidang muzik.
“Saya mahu Datuk Ahmad Nawab diberikan penghargaan ketika hayatnya dan Alhamdulillah ia tercapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi makan tengahari bersama media anjuran FMC yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur hari ini.
Konsert yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai lalu itu merupakan terbitan Bin Jamal Event Sdn Bhd dan dibawa bersama oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya.
Ditanya mengenai penerimaan Ahmad Nawab, Jamal akui pada mulanya komposer yang berjaya mengangkat ramai anak seni terkenal itu tidak bersetuju penganjuran konsert berkenaan.
“Awalnya beliau tidak suka dengan penganjuran konsert ini kerana tidak bertidak bertanya kepada lebih awal. Kemudian beliau meluahkan rasa terharu dan ucap terima kasih untuk konsert tersebut,” katanya.
Pada masa sama Jamal mengakui jika diberikan masa lebih lama konsert berkenaan boleh mendapat sambutan lebih baik.
Datuk Jamal Abdillah akui sedikit terkilan kerana ia kurang mendapat sambutan.
Beliau berkata faktor kesuntukan masa bagi tujuan promosi membuatkan pembelian tiket kurang memberangsangkan.
“Memanglah tidak untung besar tapi bukanlah rugi sebab semua kos produksi telah dibayar dengan geran yang diterima.
“Cuma saya rasa ralat kerana tempoh masa untuk promosi agak singkat. Konsert ini akan jadi lebih baik kalau saya ada lebih banyak masa,” katanya.
Jamal berkata demikian ketika sesi santai bersama artis FMC yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Jamal baru sahaja melancarkan lagu berjudul Ku Cuma duet sekali lagi bersama Wany Hasrita.
“Saya amat berbesar hati diberi peluang untuk duet sekali lagi dengan Wany. Ini adalah cara untuk saya terus kekal dalam arus perdana muzik,” katanya. – BOOM!