Aktor kontroversi, Iqram Dinzly baru-baru ini membuat pendedahah bahawa dirinya memiliki enam personaliti berbeza.
Ini ekoran dakwan netizen yang mengatakan jejaka kelahiran Perak itu sering menampilkan karakter pelik di media sosial.
Iqram bagaimanapun akui, persona yang dipertontonkan itu bukanlah dirinya sebenar, sebaliknya mewakili netizen.
“Yang sering dilihat itu iailah Prince Chiki Dinzly, bukannya Iqram Dinzly. Ia merupakan karakter kedua saya.
“Prince Chiki Dinzly yang ditampilkan itu sebenarnya ada diri kebanyakan netizen.
“Pun begitu, sama ada Iqram mahupun Prince Chiki, kedua-duanya membuatkan saya makin mengenali diri sendiri,” katanya.
Lebih mengejutkan, Iqram mendakwa baru dua karakter dirinya dikeluarkan, hakikatnya terdapat lima lagi personaliti masih belum ditonjolkan.
“Prince Chiki itu diwujudkan bagi mewakili sikap angkuh netizen yang kononnya rasa merekalah paling berkuasa di platform maya.
“Bahkan setiap kali orang menggelarkan Iqram Dinzly tu seorang yang gila, saya akan marah. Padahal Prince Chiki banyak kali sebut bahawa si Iqram Dinzly tu dah mati,” tegasnya.
Beralih ke perkembangan terkini seni lakonnya, Iqram memberitahu, dia bakal muncul dalam drama berjudul Cinta Hilang Kata.
Selain Iqram, turut membintangi drama tersebut ialah Shah Jaszle, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Liza Abdullah dan ramai lagi. – BOOM!