Pemergian yang ditangisi malah akan dikenang sampai bila-bila.
Menerusi laporan media Indonesia, penyanyi tersohor, Bob Tutupoly, 82, menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Mayapada, Jakarta Selatan, hari ini.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Erick kepada media tempatan di sana.
“Ya benar,” ujarnya.
Sementelah itu isterinya, Rosmayuti Nasution juga berkongsi perkhabaran duka tersebut.
“Damailah suami, papa, opa, oom kami tercinta,” titipnya.
Anak jati kelahiran Surabaya itu ketika hayatnya pernah dianugerahkan sebagai pemenang pertama dalam Festival Lagu Popular 1980 di Jepun.
Antara lagu-lagu popularnya seperti Lidah Tidak Bertulang, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.
Selain itu Bob juga pernah membintangi beberapa filem seperti Penasaran (1977) dan Sebelah Mata (2008). – BOOM!