Penyanyi dan aktivis, Datin Seri Nur Heliza Helmi, memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, dia memuat naik satu hantaran yang memperlihat mereka sekeluarga di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke sana.
Menurut Heliza, dia memohon maaf kepada yang mengenainya andai ada kesalahan yang pernah dilakukan, sebelum ini.
“Aku memenuhi panggilan Mu Ya Allah, tiada sekutu bagi Mu. Aku memenuhi panggilan Mu.
“Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milik Mu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagi Mu.
Difahamkan, pemergian Heliza ke Tanah Suci tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, tetapi diiringi beberapa ahli keluarganya.
“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian serta apa apa sahaja,” katanya.
Tambahnya lagi, Heliza turut memohon doa daripada peminat agar mendoakan mereka sekeluarga selamat pergi dan balik. – BOOM!